My separate blog
April 27th, 2008 by khairi-zarinehttp://mohdkhairimohd.blogspot.com/
Please click on the link to go to my blog..
Thanks..
http://mohdkhairimohd.blogspot.com/
Please click on the link to go to my blog..
Thanks..
aku baru saja dengar ceramah dr arip kasmo dr utube, terdetik aku nak
luahkan pikiran merewang2 aku kat sini. Isunya seputar kepercayaan
(iman), hakikat dan logik akal. Ia cuma logik ringkas, tp ia menarik bg
aku.
Bila aku cuba mencari keyakinan pada Allah. Aku kiaskan pada angin
dan ruh. Aku xnampak angin, tp aku boleh rasa angin dan nampak
"kesannya". Betapa mata aku terbatas drp melihat rupa angin. Dan setiap
yg ada pada jasad ini terbatas begitu juga akal. Di mana ruh? Amik
seorang manusia dan potong tangannya. Lepas beberapa hari tgn itu mati,
manusia itu akan hidup tanpa tgn. Ruh tak mampu diukur, di rasa, di
lihat. Tapi kita dpt lihat "kesannya". Anggota yg asas utk menampung
ruh adalah seperti yg terbentuk ketika fetus berusia 4 bulan, itulah
dia. Potong kepalanya, manusia itu akan mati kerana ruh takkan boleh
ditampung tanpa connection otak dan jantung dan paru2 dan organ2 yg
asas tadi.
bunyi cam bodoh je kan, tp pls baca lagi kalo taknak aku sesat..
Mengapa boleh org Islam mengatakan alam ghaib itu tidak logik
menyebabkan kita perlu beriman tanpa memikirkan logik, terima shj
seadanya. Logik hanya ukuran akal, dan akal kita amat terbatas. Namun
begitu, akal kita rasa akan "kesan" alam ghaib itu. Sebagaimana mata
kita terbatas melihat angin tp kita melihat "kesannya". Kita tidak
boleh lari dari beriman kepada Allah kerana akal kita ditewaskan oleh
hukum Allah dan kita tahu melalui pertimbangan akal kita bhw ada
sesuatu melangkaui batas pemikiran kita.
Ikuti teori big bang. Universe bermula dengan big bang. Iaitu bila masa
bersamaan dgn 0, selepas shj big bang, masa pun bermula. Masa itu bukan
masa putaran matahari, masa ditunjukkan jam, tp masa yg hakiki. Masa
ditunjukkan jam kita hanya masa ilusionary atau bandingan shj. Tahukah
umur kita mengikut masa hakiki?
"Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa,
sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda
yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari
akhirat)?"- Al-Insan ayat 1.
kalau boleh sapa2 yg tahu ulas maksud "ad-dahri" sedetailnya pls.
Apabila kita kembali ketitik permulaan ruang dan masa (sejenak sbl
big bang?, ia akan kembali ke satu element yg padu (singularity).
sebelum dari masa = 0, semua hukum2 logik seperti fizik, biologi,
kimia, matematik, e=mc2 runtuh. Logik hanya terbentuk selepas big bang.
"Dan apakah orang-orang kafir itu tidak melihat bahawasanya langit dan
bumi itu keduanya dahulu adalah sesuatu yang padu, kemudian kami
pisahkan antara keduanya, dan daripada air kami ciptakan kehidupan. Maka mengapakah tiada juga mereka percaya?" - Al-Anbiya: 30
ustat konvensional tafsir ayat aku bold itu maksudnya setiap benda
hidup memerlukan air dan asas binaan jasadnya ialah air, jadi tanpa air
hidupan tak boleh hidup. Setakat tu je? Allah itu maha luas
pengetahuannya, kita mestilah kena korek lagi, betol tak?
Allah menciptakan alam semesta penuh keajaiban dan mengambil masa yg
lama. Selepas big bang, terbentuk gravity, atom2 helium, hidrogen, dan
seterusnya air. Dari air itu terbentuknya hidupan. ini mengambil masa
selama 15 bilion thn dari big bang hingga terbentuk wap2 air.
Menurut teori evolution, "abiogenesis" ialah proses pembentukan sel
hidup daripada sel bukan hidup berlaku ketika titisan pertama air
(cecair) yg terbentuk drp wap secara "spontan" (ketidak stabilan unsur2
carbon). Ini kajian darwin and the geng. Kajian saintifik mereka
selaras dengan perkataan Allah kat atas.
tp aku pk mcm mana plak dgn bahagian2 yg lain? seperti asal manusia daripada beruk? hehe
Dari teori ni aku dpt tahu kita semua asal dari asas yg sama iaitu
element physical "singularity". patutlah Allah kata kita asal dari
tanah dan kita akan kembali menjadi tanah dan dari tanah kita
dikeluarkan. Kalau Allah menyusun berbilion2 thn utk selesaikan
pembentukan alam semesta, adakah mustahil utk Allah menyusun berbilion2
thn utk membentuk jasad seperti yg dipinjamkan kepada kita sekarang?
tidak mustahil kan? btoi ka?
"Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi itu lebih besar penciptaannya daripada manusia akan tetapi ramai manusia tidak tahu" - Surah Ghafir (pengampun) ayat 57
Langit dan bumi tercipta dari Big Bang yg mempunyai kepadatan
infiniti, tenaga infiniti dan meletup membebaskan tenaga yg begitu kuat
yg menampung pergerakan2 bintang2, matahari, planet, berbilion2 bilion2
thn hingga kiamat, jasad manusia cuma tercipta dari ketidakstabilan
atom carbon je.
Dari satu sel tercipta dari ketidak stabilan carbon dr air,
berevolusi menjadi multisel dan terbentuk seperti sekarang. Aku nampak
ia disusun begitu harmoni hingga tiada tempat utk kita tgk cacat cela.
Biarpun darwin memanggilnya "natural selection" tp aku rasa big bang
takkan berlaku secara "natural selection". Tiba2 aje meletup sampai
tiba2 jadi manusia tiba2 manusia tu reti wat laptop? logik? cett. Tak
mungkin carbon spontan menjadi sel tanpa dipandu oleh "sesuatu". kalau
pun betul ia "natural selection" sudah tentu pilihan itu diputuskan
oleh kuasa yg memilikinya, Allah. Ia adalah natural kerana natural itu
hukum Allah utk membentuk alam semesta seadilnya, betol tak?
Bila Allah kehendakkan sesuatu Allah cuma kata "jadilah" maka jadilah ia.
Dan aku rasa mcm betul juga manusia berasal daripada beruk. yg berasal
dr beruk ialah jasad kita yg kita nampak ini. Tp ruh kita asal dari
syurga. Nabi adam dan hawa yg terdedah aurat mereka turun dari syurga
ke bumi dalam bentuk ruh ke bentuk fizikal? sapa2 leh rujuk ngn ustat
tak persoalan ini. aku pun buat benda yg sama. ni pikiran logik ringkas
aku je okay.
mcm tak mustahil jika ruh itu turun dari syurga ke bumi lalu
ditempatkan di dalam jasad yg berevolusi berbilion2 thn utk menjadi
sebaik2 cabang kejadian sebagaimana air diwujudkan hasil evolusi alam
semesta. jasad kita cabang evolusi yg paling baik antara cabang2 lain
(menatang lain ler). Dan setelah itu jasad dengan ruh itu berevolusi
hingga bertamadun tinggi seperti sekarang, mempunyai akal yg mampu
berfikir, sifat2 yg baik dan jahat. Dan kita (ruh) di utuskan kebumi
(bermula dgn nabi adam dan hawa)dlm bentuk sebaik-baik kejadian(dlm
jasad evolusi manusia ini) utk menjadi khalifah yg ditugaskan
menguruskannya iaitu unsur2 dan hidupan2 yg lain dengan bimbingan wahyu
yg secara ruhani disampai kpd manusia pilihan. Bimbingan ini adalah
nasihat dari Allah kerana di dalam jasad kita ada nafsu (unsur kejadian
manusia) yg mendorong kepada kejahatan dan kemusnahan, maka hanya
dengan bersifat baik kita boleh menceriakan dunia, taman permainan
sementara. Tiadalah Allah ciptakan dunia itu cuma utk bersenda gurau
shj utk waktu yg ditetapkan. Tidak dpt tidak, dunia dan hukumnya akan
collapse pd suatu masa nanti.
aku tak rasa hina pun kalau jasad aku ni asal dari air jd carbon
terencat jd paramesium jd kutu jd kucing jd beruk pastu jadi manusia
sbb ini cuma material dunia. potong kepala aku, jasad ni akan jadi
tanah balik dan aku akan menuju alam barzakh. Aku
(ruh) asal dari Allah dan kepada Allah aku kembali. Aku pk2 aku tanya
ustat, byk pun yg salah. yg aku terpikir kat atas ni aku tak tanya
lagi. aku tulih spy aku tak lupa dan utk share2.
source aku "the brief history of time" "esq" "wikipedia"
"terjemahan quran" "cite matrix" "hadith 40" "harun yahya" "astro
channel education"
Nak gelak jap.. hahaha..
Mcm2 tips, ada yg suka gigit.. seb baik gigit bantal, kalo dia gigit
org yg dia marah tu camner rope jadiknya wawa.. haha.. Ko jgn terjun ke
laut sudah.. ![]()
Ada jugak yg makan bila marah.. Buatnya yg dimakan tu tak sedap, lg menyirap darah tu kan.. Boleh kalau makan tak hingat..
Yang paling bagus cam ustatzah za bgtau.. alhamdulillah..
Mende2 yg mempengaruhi marah ni hati kita. Kdg2 terlalu rigid utk
terima pembaharuan dan kelainan ciptaan org dan terlalu percaya kepada
"cadangan" diri sendiri. For sure, semua buah fikiran kita tidak
semestinya betul, so open for discussion.
Ada satu prinsip dr stephen R covey iaitu 90/10 principles: our live
made of 10% of what happened to us, and 90% of our response to what had
happened. Many things happened out of our control, rege minyak naik,
pasu bunga pecah, anak calar kete, Man U kalah, barang hilang, mamat
racing potong belah kiri etc sume2 ni out of our control. Tp apa yg
kita response kpd mende 10% ni sgt penting dan ia akan menentukan hari
kita baik ke tak..
Dalam Islam kita ada Qada dan Qadar, stephen r covey baru jumpa,
rasulullah dah ajar 1400 thn lama dah.. 10% itu namanya Qada, dan 90%
itu Qadar.. Most qada, benda dah lepas, qadar ialah mende akan datang..
Qada dan Qadar ni satu hukum yg amat penting yg Allah buat utk
keseimbangan tamadun manusia. Qada ni semua constant yg Allah dah
tetapkan, gravity, daya magnet, pemalar besi (steel constant), density
air&udara, halaju cahaya, elsticity plastic, degup jantung, prinsip
darah, enzim2 dalam badan, rantaian makanan, bisikan2 hati, etc sbg
bahan utk kegunaan manusia dlm perlumbaan untuk menjadi manusia yg
terbaik, semua perlakuan kita memanipulasi mende2 ni ialah Qadar.
Dalm triton, markah dikire dari tiga principle, lari, renang, &
berbasikal.. "multiton" yg Allah buat ni, markah (pahala) kita dikire
dari semua kategori: what u do as a father, what u did as a friend,
what u did as a son, what u did as a wife, what u did as an engineer,
what u did as a teacher, what u did as a manager, what u did as perdana
menteri, semua akan dikire takkan tertinggal sikit pun di hari
pembalasan @ padang mahsyar @ Hari agama. Think about it!! Lepas mati
takde org akan bercakap sesuatu melainkan tentang AGAMA.
Ambik sebijik kereta. Qada hanya berperanan 10% dalam penciptaan
kereta, 90% ialah Qadar. Hukum kemuluran besi, plastic, cahaya,
elektrik, kimia, tekanan etc adalah Qada yg telah ditetapkan pada besi,
plastic, kaca, udara, air bateri, dan sume2 bhn2 buat kete.. tp kete
takkan jadi dengan sendirinya.. 90% usaha utk terjadinya kereta adalah
dari "human technology". Kita cipta mesin larik besi, stamping besi,
molding besi, utk buat kerangka kete, blok enjin etc. Kita manipulasi
hukum kimia utk buat bateri, enjin (minyak), air basuh cermin depan
hehe.. hukum elektrik untuk wat lampu, ECU, etc <–( etc ni ada dua
maksud samada ko tahu byk mende tp malas nak senaraikan atau padahal
takat tu je tahu pastu bubuh etc hahaha)
That’s why human is the most precious creation ever made by Allah Almighty.
So kita ni hebat, org yg hebat takkan marah membuta tuli.. Bila rasa
nak marah, stop from doing anything, take deep breath, and think, then
baru response..
Kita ini satu fungsi, bukan cermin. Semua anasir yg terkesan oleh deria
kita (mata, telinga,hidung,kulit,lidah), kita analisis, kita adun, kita
proses, kendian baru kita kuarkan satu outcome yg paling baik utk semua
pihak.. Jgn jadi cermin, secara otomatik kita pantulkan semua yg datang
kat kita, org marah kita marah balik, org wat jahat, kita balas balik,
org masyam muka, kita masyam kita cemuih balik.. so, apa gunanya kita?
langsung tadak guna..
Ingat hadith nabi pasal tanah? ingat tak? aku tak ingat theheheheehe…
Yg aku ingat tanah yg baik adalah tanah yg serap air dan tumbuhkan
tumbuhan utk kegunaan manusia, tanah yg tak baik, tanah pasiq, air tak
tangkung, pokok tak tumbuh.. air serap sia2.. tanah yg baik sikit dr
pasir ialah tanah liat, air dia tak serap, pokok takleh tumbuh, tp dia
tangkung utk org guna (at leat wat tanam padi hehe)..
so renung2kan dan selamat beramal..
Muzik? is it bad or good?
How to answer this? Is there a thing which is totally BAD?! I don’t think so.. Huurmm.. Of course thing won’t be absolutely bad, but action is. You rape, you mean it, it is totally bad! Pig… huuhh pig is bad to be eaten, but generally it is a group of animal that completes the "food chain", of course eliminating pigs will result unbalance in ecosystem. Lay man speaking, instead of letting a tiger steals your goats, let them eat those pigs in the wild. haha
Jadi pada pendapat aku, muzik ni satu alat. Guna ia ditempat baik, baik ler jadinya. Begitulah sebaliknya. InsyaAllah, muzik yg mengalunkan irama yg lembut dan diselitkan dgn lirik2 yg positif, membina, ketuhanan, akhlak yg baik etc mampu melancarkan lagi proses kita nak jadi baik. Begitu juga sebaliknya.. sebab itu bila ada hari aku rasa nakal sikit, aku dgr lagu rock MCR, LP etc..
"Wah baguslah ubat ini, kesannya begitu mujarab" kata si A.
"Ingatlah, bukan ubat yg menyembuhkan tetapi Allah, jgn sebarang ckp nanti terpesong aqidah" kata si B, ala2 ustaz la kan.
Aku pernah melalui situasi sebegini, lalu aku berfikir, mengapa singkat sgt pemahaman si B tentang konsep penerimaan universal?
"Sesuatu yg semua org tahu, tidak perlu diperkatakan lagi"
Seperti kata mama aku "Yie, pergi beli gula sekejap, ni duitnya"
Perkara yg sudah sedia maklum tidak disebutnya, kalau tidak cam gini bunyinya:
"Yie amik duit ni, pergi dapatkan basikal, naik basikal mcm biasa, pergi ke kedai biasa (kedai pok su wei), bagi salam, mintak beli gula, bagi duit, amik baki kalau ada, ucap time kasih, naik basikal semula, kayuh leklok, balik.. bla bla bla"
Mungkin boleh dipanjangkan lagi.. hehe..
Jadi, jangan sempitkan pemikiran kita. Bila kita menjadikan Islam sebagai Agama, kita sedia maklum Allah maha Kuasa. Dia yg memberi rezeki, Dia yg memberi sakit, dan Dia yang menyembuhkan. Tanpa izinNya, tiada apa boleh berlaku! Ini semua orang sedia maklum, usah ditekankan lagi. Jika tidak, org akan memandang rendah pada anda!
Allah memberikan kita akal, dan menciptakan setiap sesuatu dengan ukuran masing2. Jadi Allah berikan kita kemampuan utk menimbang dan membanding menggunakan sedikit daripada ilmunya, antara ubat A dan ubat B, mana lebih bagus. Ini tugas kita. Mencari ilmu dan membuat keputusan dengannya untuk kebahagiaan semua orang. Jadi perkara inilah yg dimaksudkan oleh A, perkara yg perlu ditekankan kerana ia merujuk kepada kemampuan manusia menilai yang lebih baik, dan melangkaui perkara2 yang sudah lazim, yakni sudah tentu Allah lah yg menyembuh, bukan ubat itu!! Ubat itu hanya susunan material yg tunduk pada kuasa Allah untuk kegunaan manusia secara biologi.
Jadi bayangkan si ibu ingin mengulangi ayat yg panjang itu setiap hari? Hmm..
Kerana itu diangkat martabat orang2 yg berilmu beberapa darjah, kan?
"mak ai manisnya air awk buat ni, dah habes ke gula kat dapur tu?"
"Gula tak habis lagi, kita kan baru je beli semalamm.. "
Cheerss..
"Pendapat anda ini seperti idea2 Islam liberal yg mahu menghalalkan semua perkara mengikut kepala hotak"
Ini respons yg diperolehi bila aku mengemukakan pandangan yg bertentangan dengan pendapatnya. Mungkin perkataan aku agak kasar menyebabkan respons sebegini yg aku perolehi. Islam liberal? Islam yg diperbaharui mengikut kebebasan kehendak? Islam bukan ingin diperbaharui, tetapi di dalam Islam sendiri terdapat ruang untuk pembaharuan melalui ijtihad2 pakar2 ilmu terkini.
Mengapa perlu menyisihkan kegunaan AKAL dalam perkara agama? Apakah kita takut sekiranya generasi kita menggunakan akal dalam meneliti hukum2 agama bakal memesongkan aqidah mereka? Bahkan kita takut nanti mereka akan mencela agama lantaran ketidak selarasan hukum2 agama dengan logik akal? Tidakkah kita percaya hukum2 Allah dipatuhi oleh pertimbangan akal yg sihat?
Allah menciptakan langit dan bumi dan segala benda diantaranya dengan ukuran2 yg tertentu, dan Allah mengurniakan kita akal fikiran supaya kita berjalan di bumi Allah dan berfikir akan kebesaran Allah. Akal yg sihat akan memuji kebesaran Allah dan seterusnya beriman kepada Allah. Tidakkah kita diberitakan kisah Nabi Ibrahim di dalam Al-Quran? Apabila Ibrahim melihat bintang2, lantas dia berbisik "adakah ini tuhan?". Apabila bintang2 itu hilang di siang hari "Ah, ini bukan tuhan. Tuhan mana mungkin hilang?" begitulah seterusnya apabila Ibrahim memerhatikan bulan, matahari, dan akhirnya melalui pemerhatian2 ini Ibrahim menemukan tuhan yang satu iaitu Allah. Tidakkah pencarian ini dipertimbang oleh keinginan akal?
Keinginan akal yg membuahkan ilmu dan seterusnya memahatkan IMAN.
Mengapa pula masyarakat melayu kita suka menyisihkan peranan akal dalam hal2 agama. Otak cuma digunakan dlm hal2 sains, matematik, biologi dan sebagainya. Bila masuk bab2 agama, ikut saja, jgn bantah. Ini telah melahirkan muslim yang berfikiran lemah dalam bab2 agama, puak2 hipokrit yg mengikut membuta tuli tanpa perasaan, puak yg berdoa kpd Allah tp tidak difahami apa yg dimintanya, puak2 yg membaca Al-Quran seperti membaca surat khabar tamil, puak2 yang kaku untuk mengadaptasikan syariat Islam di dalam perkembangan global lalu ada antara mereka langsung meninggalkan syariat utk mengejar kemajuan dunia, golongan2 ini yang menjadi model2 agama yang busuk dan menjadi cacian orang bukan Islam.
Kamu solatlah, sbb solat itu wajib, kalau tak solat, berdosa. Biasa kan?
Analoginya,
Kamu pakailah tali pinggang keledar bila memandu, memakainya wajib, kalau tak pakai nanti kena saman. sama?
Mengapa tidak terus mempersoalkan, kenapa aku perlu solat? mengapa solat itu penting? mengapa ia lima? mengapa mengapa dan mengapa? Ia perlu dijelaskan dengan penjelasan yang logik akal dan menjadi asas kukuh utk dipijak seterusnya menghilangkan syak wasangka kepada agama dan menepis bisikan Khannas. Seperti mana kita tahu tujuan pemakaian tali pinggang keledar yg sebenarnya.
Solat itu satu perbuatan pada satu masa yg perlu diluangkan utk berinteraksi dengan Pencipta. Pencipta yg akan ditemui bila2 masa dari sekarang. Untuk menjernihkan minda, merehatkan otak, mententeramkan hati yg kusut, dan mengembalikan keadaan diri kepada keadaan sebelumnya yang lebih baik sebelum dihinggapi dosa2 kecil, prasangka2 buruk, kekusutan dr masalah dunia dan penyakit2 hati. Seperti selepas berkerja, bersukan, berpeluh dan sebagainya, kita mandi sebaiknya.. masihkah ada lagi kotoran pd badan? Bagaimana kalau kita mandi lima kali sehari, apa kesannya?
Mandi utk membersihkan fizikal, supaya kita terhindar dari penyakit.
Solat utk membersihkan hati, supaya kita terhindar dari perkara yg rosak dan mungkar.
Jadi jangan hina akal hingga ia disisihkan dalam mencari kebenaran dalam agama. Apabila kita yakin Islam itu benar, fikirlah dari sudut mana pun, kita akan berjumpa dengan yg benar. Mereka yang terpesong itu bukan kerana mereka memikirkan "sesuatu itu tidak boleh difikir dengan akal" tetapi kerana akal yg digunakan tidak sihat. Akal yg tidak sihat juga akan terpesong jika ingin menyelesaikan masalah logik matematik!
Lihatlah kejadian diciptakan Allah, dan fikirlah semoga kita meraih ilmu. Sehingga sampai kepada satu titik di mana akal akan dibatasi oleh kehebatan Allah, maka katalah mahasuci Allah, tidak Engkau menjadikan semua ini sia-sia.
bila sebut pasal api neraka bunyi mcm dongengan je kan? iyelah benda jauh lagi.. tu pun kalau jauh, sapa tau?
bacalah Quran, di dalam Quran Allah menceritakan peristiwa stat dari
"tiada apa2", big bang, kejadian air dan kehidupan, teori2 sains,
cerita para nabi, sejarah kejatuhan dan kebangkitan manusia seperti
tamadun Rome dan Byzantine.. dan dibuktikan mmg benda2 ni semua benar.
Ini semua dibawakan utk memancing kepercayaan kita kepada perkara akan datang di hadapan yang hendak di sampaikan melalui seorang manusia.. Muhammad saw..
Kalau kita percaya selepas pembuktian sains ttg petikan alQuran
mengenai big bang, ukuran2 tertentu dalam keseimbangan penciptaan, cop
pengenalan dihujung jari manusia (finger print), asal usul besi dari
langit, penciptaan manusia di dalam rahim, penciptaan angkasa raya
(putaran orbit di angkasa, teori graviti, kegunaan atmosfera langit,
letupan supernova) dll… byk lagi kalau korang bleh baca mesti korang
jumpa punya
; Mcm mana pula dengan cerita2 pasal alam kubur? Alam Barzakh? Syurga? Neraka? Percaya tak??
Okay let’s get the feeling, kalau kita tgk benda2 ni semua, di zaman
nabi telah dibuktikan ke belum? sudah tentu belum.. pada zaman nabi,
teori terkini time tu nak tahu apa? Bumi ini bulat dan menjadi paksi
kepada putaran matahari dan bulan, kire2nya matahari dan bulan
mengelilingi bumi.. Teori ni adalah yang paling updated time tu utk
memansuhkan teori bumi ni adalah mendatar yg dipegang sebelumnya..
Tp Allah kata matahari bumi dan bulan berada pada jalan masing2, yg
menjadi petunjuk serta method utk perkiraan masa, Apalagi, geng2 cerdik
pintar pun kata "muhammad tu gile.. main belasah je. tak tahu hujung
pangkal, pastu ada ke dikatanya lepas mati kita hidup balik dan senang
je sbb pengenalannya ada kat hujung jari?? pastu ada lagi tau dia kata
bumi dan langit ni dulu2 benda yg satu padu pastu boom meletup haha mmg
sah gile"
Allah kata:
Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis.
Engkau (wahai Muhammad) - dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu -
bukanlah seorang gila (sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik,
bahkan engkau adalah seorang yang bijaksana).
Dan sesungguhnya engkau tetap beroleh pahala yang amat besar, yang
tidak putus-putus, (sebagai balasan bagi menjalankan ajaran Islam);
Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.
Maka (tidak lama lagi) engkau akan melihat, dan mereka juga akan melihat, -
Siapakah orangnya yang gila di antara kamu semua.
Surah Al-Qalam.
mereka tak tahu finger print utk setiap org berbeza, depa tak tau pasal
big bang, depa tak tahu lagi pasal E=mc square, depa tak tau lagi pasal
imej letupan supernova yg menyerupai mawar merah..
sekarang kita dah tahu, percaya tak Al-Quran ini mukjizat dan valid
ever after? Mestilah!… So dalam cerita di atas siapa yg gile?
Okay, lupakan pasal orang2 yg gila di atas, tgk pada diri kita sendiri
plak.. Jadi saintifiknya petunjuk2 yg diberitahu oleh seorang yg buta
huruf dilabel "penyair gila" sememangnya benar. Jadi adakah kita
percaya petunjuk2 lain di dalam buku yg sama?? Iaitu petunjuk2 utk masa
hadapan yg bakal kita hadapi..
Cuba renung petunjuk yg Allah ingin sampaikan dalam surah At-Takasuur ( Sikap suka memperbanyak dan mengumpul-ngumpul harta)
[1] Kamu telah dilalaikan oleh perlumbaan untuk memperbanyakkan (harta benda, anak-pinak pangkat dan
pengaruh), -
[2] Sehingga kamu masuk kubur.
[3] Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak!
[4] Kemudian sekali lagi (diingatkan): JANGANLAH sekali-kali (kamu bersikap demikian)!! Kamu akan mengetahui kelak!!
[5] Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - dengan pengetahuan yang meyakinkan..
[6] Bahawa demi sesungguhnya! - Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.
[7] Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu betul2 akan melihatnya dengan MATA KEPALA KAMU SENDIRI!
[8]Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!
Percaya tak? Percayalah! Neraka itu ada dan sedang menanti utk membakar
manusia2 yang berbuat jahat dan menyakiti orang lain kerana melanggar
aturan2 pencipta..
Jangan lah kita percaya pada masa
neraka itu dihadapkan dihadapan kita dan kita tgk dengan ‘Bare eyes"
mata kepala kita sendiri, baru nak percaya, sudah terlambat!
Di saat itu bukan masa utk beramal lagi kwn2.. Insafla.. JAUHILAH LARANGAN ALLAH!
Agama ni bukan utk menyusahkan, marila kita sama2 cari jalan untuk
apply Islam dlm kehidupan kita, semoga kita mendapat merasai sesuatu yg
baru di dalam diri..
Okies mari kita hayati situasi yang aku cuba nak bawakkan kat sini,
just kosongkan otak, dan teliti situasi2 ini dan simpulkan berdasarkan
kata hati orang yang sedang pose hehe.
(try luang sedikit masa, insyaAllah berguna)
1) Dalam lrt, kita sedang duduk, tiba satu stesen, boarding seorang
wanita mengandung dan tiada lagi tempat duduk kosong. Apa kata hati
kita ketika itu?
2) Kita duk rumah sewa 4 org. Bulan puasa makan kat rumah masak sendiri
ramai2. Satu hari kita balik 30 minit lagi nak berbuka dan seorang
housemate tgh masak juadah utk berbuka. Apa kata hati kita ketika itu?
3) Satu pagi kita lepak di halaman ofis tempat kita kerja di mana
terdapat byk pokok bunga hiasan, ada bunga merah, kuning, besar kecik
dan cantik2 belaka. Tiba2 seorang lelaki sambil2 lalu menyentap
setangkai bunga membeleknya, mencebik dan membuangnya. Apa kata hati
kita ketika itu?
4) Seorang kontraktor memberikan kita wang supaya kita memberikan
projek tertentu kepadanya, sedangkan ada kontraktor lain yang offer
lebih baik. Apa kata hati kita ketika itu?
5) Coulleage satu dept kita jumpa kita dan bagitau yang dia dapat pergi
training “Meningkatkan Skill pengurusan” tapi kita tidak dicalonkan
untuk pergi. Apa kata hati kita ketika itu?
6) Seseorang mengetuk pintu rumah, rupa-rupanya meminta derma
ditunjukkan surat pengesahan pertubuhan untuk sumbangan anak2 kecil
yang mengidap kanser, leukemia, dan sebagainya. Apa kata hati kita
ketika itu?
Okay, aku pasti habis saja korang baca situasi, korang pasti mendapat
jawapannya dari hati masing2. Adakah yang terdetik di hati aku ni sama
dgn korang, cuba check!
1) “Eh tak patut ni, kesian dia, biarlah aku berdiri pun supaya dia dpt duduk”
2) “Pergilah ke dapur dan Bantu mana yang patut, tanggungjawab kita juga”
3) “Eh, mana bleh main petik je, rosaklah keindahan.. nak kena sound ni…”
4) “Tak baik ni.. rasuah. Aku kena bagi kat yg berhak”
5) “ala.. aku nak pergi juga. So that, aku dapat tahu dan dapat pengetahuan dan jadi pandai."
6) “Bagila sumbangan sikit, mereka lebih memerlukan…”
Amacam, sama kan? Tapi cuba try bayangkan situasi ini pula..
1) Masa dalam LRT tu kita baru lepas kena basuh ngan bos, panas hati
tak ingat, geram sangat. Org lain wat salah kita yang kena. Pastu
perempuan mengandung tu naik dan takde tempat kosong, kita berpaling
darinya supaya tak bertentang mata dan berkata, ah biarlah orang lain
yg kasi seat kat dia! Huh, tension.
2) Housemate yang tengah masak tu semalam kita bertekak dgn dia pasal
dia suka membebel. Nak tolong ke? Hurmmm.. malaslah, masuk bilik main
game pc. Time berbuka makan je lah wat muka takde perasaan.
3) Time tu kita tengah serabut dgn masalah duit, malaslah nak ambik tahu! Lantak dia lah!
4) Gaji kita sebagai jurutera site ciput, hutang banyak. Tak makan
bawah, bila nak kaya? Lagipun bukan orang tahu! Kita kata: Ambik jer
lah wat isi minyak kete.
5) Tetapi rupanya kita lebih senior sikit, kita kerja kuat juga. Dan
kita fikir kita lebih layak untuk pergi training tersebut. Lalu, kita
mencebik bibir dan berpaling darinya, jeles!
6) Sebelum tu, kita selalu jumpa pengemis kat kedai2 makan, stesen2
bas. Lantas kita tgk dia dari atas sampai bawah. Mcm takleh caya je,
kusam, hitam, kering… Lalu kita kata.. minta maaflah, saya takde
duit. Pastu tutup pintu.
Boleh jadi kan?
Jadi kita boleh tahu dan rasa bagaimana situasi emosi kita mengganggu
kita daripada bertindak mengikut kata hati. Menyebabkan kita melakukan
kesalahan iaitu dosa. Dan tanpa kita sedari lama2, kata hati kita
tertutup dan tidak lagi dirasai kerana kebiasaan kita mengabaikannya.
Semua manusia mempunyai kata hati yang sama dan kita namakannya
Anggukan Universal, yang menginginkan kebaikan dan kemuliaan. Ini
fitrah manusia. Apakah fitrah ini?
Cuba tengok balik situasi pertama, sifat apakah yang terdapat dalam hati kita yang menyuruh kita bertindak ke arah kebaikan:
1) Sifat pengasihani
2) Sifat tanggungjawab
3) Sifat memelihara
4) Sifat Adil
5) Sifat inginkan Ilmu
6) Sifat memberi
Dan dalam situasi kedua, disebabkan emosi kita yang tidak tenang kerana
nafsu amarah, ego, jeles, tidak jujur, dan sangka buruk, kita bertindak
lain macam pula. Sifat siapakah ini? Ya, sifat kita sendiri!
Jadi sifat mulia siapa pula pada situasi pertama?
“ "Maka apabila Aku (Allah) telah
menjadikannya (manusia) sempurna dan meniupkan ke dalamnya Ruh-Ku maka
hendaklah kamu (malaikat2) bersungkur dengan bersujud kepadanya"
Surah Shaad, ayat 72.
Masih ingat AsmaulHusna?
1) Ar-Rahman – Maha Mengasihani
2) Al-Wakil – Maha memenuhi amanah
3) Al- Muqiit – Maha memelihara,
4) Al-‘Adlu – Maha Adil
5) Al-Ilmu – Maha berilmu
6) Al-Wahhab – Maha memberi
"Maka
hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah), (tetaplah atas)
fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut firah itu. Tidak
ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi
kebanyakan manusia tidak mengetahui"
Surah Ar-Ruum Ayat 30
Masihkah kita menganggap Islam itu sukar? Subhanallah, jernihkan hati.. Bukan mata yang selalu buta, tetapi mata hati.
"Tiadakah mereka berjalan di muka bumi, sehingga mereka mempunyai hati
yang dengan itu mereka merasa, dan mempunyai telinga yang dengan itu
mereka mendengar? Sungguh! bukanlah matanya yang buta, tetapi hati yang ada di dalam dada."
Surah Al Hajj ayat 46.
"Dan sesungguhnya telah Kami ciptakan manusia dan kami tahu apa yg
sering dibisik-bisikkan dengannya hatinya/jiwanya, dan kami lebih dekat
kepadanya berbanding urat di lehernya sendiri"
Surah Qaff ayat 16
Mengapa kita sering merasakan Allah jauh dari kita lebih2 lagi apabila
kita berdosa? Sedangkan Allah sentiasa berdekatan, sentiasa membisikkan
ke arah kebaikan. Apabila kita tidak memperdulikan fitrah Allah, lalu
kita melakukan dosa, apa lagi alasan untuk kita pertahankan perbuatan
kita di hadapan Allah kelak?
Astaghfirullahal’azim.. Bukan mata kita yang buta, tapi hati kita.
Jagalah hati. Bersihkan ia selalu dengan muhasabah diri.
Malam2 tgk bintang dan bulan, luaskan pandangan melihat kebesaran
penciptaan, tarik nafas panjang2, dan rasakan kehadiran Allah di dalam
diri kita.
Dari Abdullah bin Nu’man bin Basyir, beliau mendengar rasulullah berkata "…..Ketahuilah!
bagi setiap raja ada kawasan larangan. Ketahuilah! bahawa larangan
Allah ialah segala yang haramnya (dosa). Ketahuilah! bahawa di dalam
badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan keseluruhannya
dan apabila ia rosak, rosaklah sekeliannya. Ketahuilah! Itulah yang
dikatakan HATI"
Riwayat dari Imam Bukhari dan Muslim.
alermak, patut ler tayar bergoyang semcm rupanya tayar sudah byk kembung, bukan sebijik tp tiga bijik. Satu tayar jer yg masih elok. kire pi kire mai.. tukau semua.. kalau tayar 16"x50"x200 rege duk ada dalam rm250 per piece, kalau 4 bijik dah rm1000. Original punye sport rim pun berat semacam je, sekali masuk lubang terus pancit tayar. Dgn sport rim sekali aku tukau.. habis ler seribu rm.. + visor + window lamp.. telan duit kete ni.. nak kene service lagi nanti..